Aku sedar sejak akhir2, hubungan kami agak tegang, ntah dimana silapnya, aku kerap kali cari pasal dengan dia, walaupun begitu si dia tetap sabar ngan perangai aku. Terima kasih sayang.
Ada orang cakap aku xtahu bersyukur punyai dia di sisi aku, tahu kah mereka bahawa dengan nyawa aku sekali pun aku sanggup berkorban demi dia.
Kami masih bertunang, sepatutnya hubungan ini dihiasi dengan dibajai dengan kasih sayang dan sifat bertolak ansur serta komunikasi yang sangat berkesan. Tapi entah kenapa ada perasaan marah dan tidak puas hati pada hati...
Aku xmahu hubungan ini diakhiri dengan kekesalan dan kesilapan bodoh yang xsepatutnya terjadi.
Ya-allah,aku mohon padamu, pelihara lah hubungan kami ini, dan permudah kan lah urusan kami, sesungguhnya terlalu hebat dugaan kau beri pada kami ya-allah. Namun aku redha,pasti ada hikmah dan hidayah disebaliknya.
Aku mohon jua ya-allah, andai jodoh kami tiada, kau kuatkan lah hati kami untuk bertahan ya-allah,dan kau teguhkan lah iman tunangku ya-allah, sesungguhnya, kau maha mengetahui ya-allah.
Amin. Buat tunang yang amat aku sayang, tiada sedikit pun kekesalan dihati ini menerima mu dan memilih mu sebagai sebahagian diri ini.andai kau tahu, kau anugerah terbaik pernah allah berikan padaku.
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment